suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencemaran air: 4 termasuk seorang wanita ditahan

Keempat-empat suspek ditahan dalam satu operasi tengah malam dan awal pagi Rabu.

POLIS menahan empat individu yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata kesemua suspek berumur lingkungan 33 hingga 43 tahun termasuk seorang wanita ditahan dalam satu operasi bermula tengah malam hingga ke awal pagi Rabu.

"Tangkapan di jalankan di Gombak, Damansara dan Kelana Jaya.

"Kita akan buat permohonan reman di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasata awal mendapati suspek wanita adalah penama yang didaftarkan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menyewa sebuah premis di Rawang.

"Seorang lagi lelaki dan pekerjanya seorang lelaki warga Bangladesh menumpang stok bahan bahan kimia di premis sewaan tersebut," katanya.

Jelasnya, terdapat aktiviti-aktiviti membuang sisa sisa kimia ke dalam satu lubang kumbahan di premis yang disyaki terus mengalir ke kawasan tercemar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia