suria

Covid-19: Bertenang... tak perlu buat pembelian panik sempena Deepavali, kesesakan hanya mudahkan jangkitan - Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham menasihatkan masyarakat India supaya merancang pembelian bagi mengelakkan kesesakan yang boleh meningkatkan risiko jangkitan Covid-19. Gambar hiasan

MASYARAKAT India yang akan menyambut perayaan Deepavali, Sabtu ini, dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik bagi mengelakkan risiko penularan wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pembelian panik hanya akan menyebabkan kesesakan di lokasi tumpuan membeli-belah, sekali gus memudahkan jangkitan berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh balik kampung! Ketahui SOP Deepavali di kuil, rumah... ziarah di kawasan PKPD tidak dibenarkan

"Bila kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sektor ekonomi masih dibuka, kedai masih dibuka, jadi tidak perlu kita melakukan pembelian panik," katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19, pada Isnin petang.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesesakan di beberapa lokasi tumpuan membeli persiapan sambutan Deepavali di Lembah Klang yang menimbulkan kebimbangan muncul kluster baharu.

Dr Noor Hisham meminta orang ramai supaya membataskan pergerakan dan mengelakkan perhimpunan ramai serta merancang pembelian sepanjang PKPB bagi membantu meratakan lengkung jangkitan Covid-19. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pembelian panik, Deepavali, Covid-19

Artikel Lain