suria

Paling tinggi! Malaysia catat 1,755 kes baharu Covid-19, dua lagi kematian

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. -gambar hiasan

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,755 kes baharu, menjadikan keseluruhan 38,189 kes setakat Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 11,530 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Sabah mencatatkan sebanyak 1,199 kes daripada keseluruhan kes positif pada Jumaat.

Tambah beliau, negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 191 kes dan Labuan dengan 59 kes positif

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,755 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih 4 angka... Malaysia catat 1,009 kes baharu Covid-19,6 lagi kematian

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 279 kes," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.



Butiran mengenai kes kematian baharu akibat Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 726 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 26,380 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 78 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat tiga kluster baharu dikesan setakat Jumaat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain