suria

Covid-19: Malaysia catat 489 kes baharu, hanya 2 jangkitan import

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. - Gambar hiasan/Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 489 kes baharu, menjadikan keseluruhan 13,993 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 3,351 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 489 kes baharu yang dilaporkan, 487 adalah kes penularan tempatan dan dua kes import yang terdiri seorang warganegara dan seorang bukan warganegara yang pulang dari luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi setahun antara 4 korban terbaharu Covid-19! Angka terus meningkat, Malaysia rekod 691 kes pada Selasa

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 487 kes penularan tempatan, sebanyak 467 adalah warganegara dan 20 warga asing.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 141 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 74 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,501 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 40 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 13 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain