suria

Covid-19: Guru SMK Taman Sea disahkan positif

Seorang guru SMK Taman Sea, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19. -Gambar hiasan/Foto Bernama

SEORANG guru di disahkan positif Covid-19, selepas didapati merupakan kontrak rapat kepada seorang pesakit dijangkiti virus itu.

Guru berkenaan merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya.

Guru tersebut adalah kontak rapat kepada pesakit Covid-19 di Kelantan.

Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail, berkata guru tersebut didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kali ketiga pada 5 Oktober lalu.

"Guru ini telah menjalani kuarantin diri sendiri sejak 30 September lalu namun untuk ujian saringan pertama dan kedua, guru ini didapati negatif.

"Dalam tempoh menunggu keputusan beliau menjalani kuarantin di rumah dan tidak hadir ke sekolah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, sehubungan itu difahamkan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah mengarahkan semua murid dari kelas 1C, 2K, 2B & 2J juga beberapa orang guru untuk kuarantin di rumah sementara menunggu ujian swab.

"Buat masa ini hanya kelas sahaja ditutup dan disanitasi.

"Kita sentiasa mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung langkah selanjutnya selepas ini," katanya. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain