suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencemaran sungai di Selangor, 2 suspek ditahan di Kelantan

Polis menahan dua lelaki susulan insiden pencemaran sungai yang menyebabkan gangguan bekalan air baru-baru ini. Gambar hiasan

INSIDEN pencemaran Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan sehingga menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor membawa kepada penahanan dua lelaki.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kedua-dua lelaki berusia 20-an dan 30 tahun itu ditahan di Kota Bharu, Kelantan semalam.

"Kedua-kedua individu itu dibawa ke Nilai, Negeri Sembilan bagi membantu siasatan.

"Kita tidak boleh terburu-buru dalam menjalankan siasatan berhubung kes ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial, Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule di Maktab Polis Diraja Malaysia di ibu negara, Rabu.

Menurutnya, siasatan dijalankan menurut Seksyen 430 Kanun Keseksaan susulan laporan polis dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pencemaran itu menyebabkan dua Loji Rawatan Air iaitu di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. - SinarHarian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain