suria

Malaysia rekod 293 kes baharu, dua lagi kluster baharu dikesan

Sebanyak 293 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Ahad. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 293 kes baharu, menjadikan keseluruhan 12,381 kes setakat Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,961 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 293 kes tersebut, 292 kes adalah kes penularan tempatan yang melibatkan 269 warganegara dan 23 rakyat asing, manakala baki satu kes lagi adalah kes import melibatkan rakyat asing.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik lagi! 317 kes positif Covid-19 jangkitan tempatan direkodkan, warga emas di Sabah korban ke-137

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 292 kes tersebut juga, sebanyak 30 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri tersebut sejak 20 September 2020 sebanyak 206 kes.

Menurut beliau, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 137 kes," katanya dalam kenyataan media pada petang Ahad.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 67 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,283 kes.

"Sehingga kini, terdapat 28 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham turut memberitahu terdapat dua kluster baharu dikesan pada Ahad iaitu Kau Sing di Sabah dan Embun di Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah, Embun, Kau Sing, kluster

Artikel Lain