suria

5 kes positif Covid-19 direkodkan, 3 di Kem Terendak

Sebanyak lima kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada Khamis. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan lima kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,296 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 177 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster Tawar di Kedah meningkat kepada 73 kes, 6 lagi disahkan Covid-19 pada Rabu

Beliau berkata, daripada lima kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu dari Filipina dan Mesir, melibatkan warganegara dan ia dilaporkan di Selangor.

Menurut Dr Noor Hisham, kesemua tiga kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia yang dilaporkan di Melaka iaitu dua kes saringan sebelum menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera di Kem Terendak, dan satu kes saringan bergejala juga di hospital yang sama.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya dalam sidang media pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 16 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,994 kes.

"Sehingga kini, terdapat lapan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana enam kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain