PRK Chini: Pengundian awal hari ini

Para petugas SPR melakukan simulasi undi awal ketika tinjauan undi awal PRK DUN Chini di Balai Polis Chini Pusat Bandar DARA Chini. Foto Bernama

PENGUNDIAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini bermula hari ini.

Pusat pengundian awal PRK DUN Chini di Bilik Maklumat Balai Polis Chini dekat Pekan, Pahang dibuka pada 8 pagi Selasa bagi membolehkan 18 pengundi awal melibatkan anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka.

Pusat pengundian awal itu dibuka selama empat jam sehingga 12 tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Saingan 3 penjuru di PRK Chini

Sepanjang proses mengundi awal itu, pematuhan kepada garis panduan pencegahan COVID-19 berkuat kuasa seperti jarakan sosial, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair pembasmi kuman dan sarung tangan serta saringan suhu badan.

Proses itu akan disaksikan ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain turut disiarkan secara langsung atau live streaming menerusi Facebook SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian, Sabtu ini (4 Julai) di pusat pengiraan undi di Bilik Maklumat, Balai Polis Paloh Hinai.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Chini mengandungi 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis.

Pemilih terdiri daripada 10,269 lelaki dan 10,721 perempuan.

DUN Chini, yang merupakan satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, menyaksikan PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PRK, Chini, SPR,

Artikel Sebelum

Kudat di Sabah dilanda gempa bumi

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain