suria

Tiada kematian, Malaysia catat 31 kes positif Covid-19 pada Rabu

Malaysia mencatatkan 31 kes baharu Covid-19 pada Rabu. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 31 kes baharu, menjadikan keseluruhan 7,009 kes setakat Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,189 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat pertambahan satu kematian, 37 kes baharu Covid-19

"Daripada 31 kes baharu yang telah dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 21 kes adalah penularan tempatan di mana 10 kes adalah bukan warganegara Malaysia dan 11 kes adalah warganegara Malaysia," katanya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Rabu petang.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 114 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 114 iaitu bersamaan 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sehingga hari ini, 60 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 5,706 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 11 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain