suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Itu bukan arahan kerajaan” - Ismail tegur pengurusan kondo buat keputusan sendiri, tak benar penduduk masuk rumah

Ada yang tidak dibenarkan masuk ke kediaman mereka setelah membuat perjalanan rentas negeri sebagaimana dibenarkan bermula 7 hingga 10 Mei lalu.

MENTERI Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur tindakan pengurusan kondominium dan apartmen yang membelakangi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan kerajaan.

Teguran itu dibuat susulan aduan orang ramai yang tidak dibenarkan masuk ke kediaman mereka setelah membuat perjalanan rentas negeri sebagaimana dibenarkan bermula 7 hingga 10 Mei lalu.

"Itu bukan arahan daripada kerajaan, itu mereka ambil tindakan sendiri. Saya harap mereka tak ambil tindakan sendiri.

"Setiap SOP mestilah berdasarkan kepada arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Saya tahu ada yang balik dari kampung ke Kuala Lumpur sewaktu empat hari kita benarkan, ramai tak boleh masuk rumah masing-masing," ujarnya.

Menurut Ismail Sabri lagi, sekatan itu menyebabkan mereka terpaksa menyewa lokasi inapan lain terlebih dahulu sementara menunggu kebenaran dikeluarkan.

Sarannya, pihak pengurusan perlu memberikan kebenaran kepada penduduk dan penyewa pulang ke rumah masing-masing kerana ia tidak termaktub dalam SOP dikeluarkan kerajaan.

"Saya harap pengurusan dan sebagainya supaya membuka dan memberikan kebenaran penduduk dan penyewa untuk pulang ke rumah. Jangan sekat lagi," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain