suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salam takziah... bekas Timbalan Ketua Polis Selangor meninggal dunia di HSB

Allahyarham meninggal dunia selepas dirawat di HSB sejak pertengahan bulan ini.

BEKAS Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff meninggal dunia, awal pagi Sabtu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia pada jam 3.56 pagi Sabtu namun tiada butiran lanjut mengenai penyakit dan punca kematiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta langgar lori ketika dalam perjalanan pulang ke kem, dua anggota tentera maut

Dilaporkan, Allahyarham dirawat di HSB sejak pertengahan bulan ini.

Sementara itu, memetik kenyataan di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan seluruh warga PDRM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Allahyarham berkhidmat dalam pasukan selama 39 tahun bermula 1978 sehingga dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor pada 15 Julai 2016 sebelum bersara pada 7 Jun 2017.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam PDRM termasuk Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman. - SINAR HARIAN

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia