suria

Selayang Baru diumum lokasi ke-7 PKPD, elak kemasukan Pati... kawalan lorong tikus, sempadan diperketat

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh ia berkuatkuasa.

SELAYANG Baru di Gombak, Selangor, menjadi kawasan ketujuh di negara ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawasan perumahan warga Rohingya, sekitar pasar borong Selayang antara lokasi PKPD ke-6

"PKPD ini berkuatkuasa mulai 25 April 2020 sehingga 3 Mei 2020. PKPD ketujuh ini dilaksanakan untuk membendung jangkitan Covid-19, setelah mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan COVID-19 di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

"Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh ia berkuatkuasa," ujarnya.

Sepanjang tempoh itu, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang ia dikuatkuasakan.

Malah, semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup dan dikawal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

PKPD itu melibatkan 6 parcel yang telah dikenal pasti seperti berikut:

Zon A: Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Gombak, Selangor

Zon B: Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zon C: Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zon D: Jalan 3,5, 7 dan 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zon E: Jalan 2,4, 6 dan 8, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zon F: Blok A, B dan C, Selayang Makmur, Gombak, Selangor.

Dalam pada itu, kerajaan turut bertegas akan memastikan sempadan dan kedaulatan negara tidak dicerobohi.

Justeru, pemantaun bagi mengawal sempadan termasuk ‘lorong tikus’ terus diperhebatkan dan diperketatkan.

"Sejak PKP dilaksanakan, seramai 84 individu telah ditangkap kerana mencerobohi negara ini melalui 'lorong tikus'.

"Setiap agensi keselamatan terlibat dalam memperketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara terutamanya ‘lorong tikus’ bagi mengelak pendatang tanpa izin membolosi sempadan negara, sekaligus membendung penularan COVID-19 ke dalam negara," ujar Ismail lagi.

Artikel Lain

Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?