suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satu kematian terkini akibat Covid-19,88 kes baharu

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Jumaat menyaksikan pertambahan 88 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 5,691 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah 1,932 kes.

Beliau memberitahu, terdapat satu kes kematian terbaharu akibat wabak itu di negara ini.

“Justeru, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 96 kes,” katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ke-96 (kes ke-2,978) melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun.

Beliau menambah, pesakit mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Mengulas lanjut mengenai kes Covid-19, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 41 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 121 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Jumaat.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 3,663 kes,” kata Dr Noor Hisham.

kes, Covid-19, kematian, Dr Noor Hisham,

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia