suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Langgar PKP: Nurul Zahid, suami beri keterangan di Bukit Aman

Nurul Zahid memuat naik gambarnya bersama suami (kiri) mengadakan pertemuan dengan Ahmad Masrizal Muhammad di Instagram, baru-baru ini.

ANAK kepada Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid hadir ke Bukit Aman pada Jumaat bagi memberi keterangan berhubung dakwaan beliau dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kedua-dua mereka dikatakan tiba di Bukit Aman sekitar jam 11 pagi sebelum beredar kira-kira sejam kemudian sebaik proses rakam keterangan selesai, lapor Berita Harian.

Difahamkan proses rakam keterangan dilakukan oleh pegawai daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

ARTIKEL BERKAITAN: “Balu Abam tak pernah minta sedekah!” - Nurul Zahid mengaku sebar nombor akaun Nor Hidayah

Siasatan berkenaan dipercayai berkaitan beberapa hantaran Nurulhidayah di media sosial berkait dengan tindakannya melawat dua orang kenamaan baru-baru ini.

Anak kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu memuat naik beberapa gambar di Instagram ketika dia dan suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing.

Tindakan tindakan tersebut menerima kecama netizen memandangkan ia dilakukan ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.

Nurul Zahid, PKP, Bukit Aman

Artikel Lain