suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ditahan Sabtu, rakyat Malaysia ditemui mati dalam tahanan polis di Thailand Ahad

Seorang lelaki berusia 41 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan pada Sabtu kerana melanggar perintah berkurung dan melakukan kerosakan harta benda serta menimbulkan kekacauan.

SEORANG rakyat Malaysia ditemui mati ketika dalam tahanan polis di Samut Prakan, selatan Bangkok, pada Ahad.

Pegawai penyiasat Bangkaew, Daerah Bang Phli, Samut Prakan Pol Maj Thanthit Danrasi berkata, lelaki berusia 41 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan pada Sabtu kerana melanggar perintah berkurung dan melakukan kerosakan harta benda serta menimbulkan kekacauan. 

Beliau berkata, pekerja kilang manik plastik itu ditemui mati di sel Balai Polis Bangkaew.

"Lelaki yang mabuk itu telah menimbulkan kekacauan sebelum ditahan polis. Dia yang dalam keadaan mabuk dibawa ke balai polis dan ditempatkan di dalam sel bersendirian.

"Bagaimanapun, pegawai polis yang membawa makanan kepadanya semalam mendapati lelaki itu telah meninggal dunia. Rakaman kamera litar tertutup tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," katanya ketika dihubungi.

Lelaki itu meninggalkan seorang isteri dan dua anak.

Thanthit berkata mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Bang Phli untuk bedah siasat serta ujian Covid-19 dan polis sedang menyiasat kes itu. - Bernama

rakyat Malaysia, tahanan

Artikel Lain