suria

Pesakit kes kematian ke-77 bukan peserta tabligh - KP Kesihatan

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas orang awam. Gambar hiasan/Foto Bernama

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Isnin malam memaklumkan terdapat ralat mengenai kes kematian ke-77 (kes pesakit ke-2,797) akibat Covid-19 seperti diumumkannya pada sidang media mengenai perkembangan terkini wabak itu di Putrajaya, petang Isnin.

Dr Noor Hisham dalam hantaran terbaharu di laman Facebook beliau pada Isnin malam, berkata kes pesakit ke-2,797 itu bukan merupakan kes indeks dan tidak menyertai perhimpunan di Seri Petaling.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta tabligh korban terkini Covid-19, jumlah positif baharu 134 kes

“Merujuk kepada sidang akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada 5.30 petang 13 April 2020, adalah dimaklumkan bahawa berlaku sedikit ralat. Kes kematian ke-77 (kes ke-2,797) adalah merupakan kontak rapat kepada kes indeks (iaitu kes ke-703).

Pengumuman ralat oleh KP Kesihatan.

“Ini bermakna kes ke-2,797 tersebut bukan merupakan kes indeks dan tidak menyertai perhimpunan di Seri Petaling. KKM (Kementerian Kesihatan) mengucapkan takziah dan memohon maaf kepada ahli keluarga arwah,” katanya. 

Terdahulu pada sidang media petang Isnin, Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ke-77 (kes pesakit ke-2,797) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang. - Bernama

tabligh, kematian, Covid-19, ralat

Artikel Lain