suria

Ketidaktentuan ekonomi global akibat Covid-19, harga minyak turun lagi

RON97 turun sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.74 seliter kepada RM1.68 seliter.

HARGA runcit petrol pada minggu bermula 28 Mac sehingga 3 April terus menunjukkan trend penurunan harga.

Harga runcit petrol RON97 misalnya, turun sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.74 seliter kepada RM1.68 seliter.

Bagi RON95 pula, berlaku penurunan sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.44 seliter kepada RM1.38 seliter.

Diesel turun 7 sen seliter, daripada RM1.75 seliter kepada RM1.68 seliter.

"Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.

"Di samping itu, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," ujar Kementerian Kewangan Malaysia pada Jumaat.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

 

harga minyak, Covid-19

Artikel Lain