suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling dikuarantin di Institut Sosial Malaysia

Anggota polis dan Rela mengawal pintu masuk sebelum menerima kemasukan kumpulan pelajar pertama seramai 132 orang yang terdiri daripada pelajar tahfiz dari Masjid Sri Petaling di Pusat Kuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) pada Ahad. Foto: Bernama

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan seramai 132 pelajar tahfiz di Masjid Sri Petaling dipindahkan ke stesen kuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) pada Ahad.

Menerusi satu kenyataan, JBPM memaklumkan kesemua pelajar menjalani proses nyah cemar yang dilaksanakan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) sebelum dipindahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 500 peserta tabligh belum disaring, jumlah sertai perhimpunan 12,500 orang

“Kesemua pelajar tahfiz telah dibawa ke stesen kuarantin menggunakan empat buah bas dengan bantuan polis pengiring,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya proses pemindahan kesemua pelajar selesai pada kira-kira pukul 2.30 petang dan proses nyah cemar turut dilakukan ke atas empat buah bas yang digunakan untuk proses pemindahan.

Masjid Srri Petaling yang menjadi venue ijtimak tabligh dari 28 Februari hingga 1 Mac kini menjadi kluster terbesar jangkitan Covid-19. - BERNAMA

Artikel Lain