suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salam dengan pengantin positif Covid-19, ahli tabligh... 5 jurunikah Jais dikuarantin, tiada akad nikah di Selangor

Jais turut menangguhkan semua upacara akad nikah di Selangor. -Gambar hiasan

LIMA Penolong Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dikuarantin selepas mereka mempunyai kontak dengan individu yang dijangkiti Covid-19.

Kesemua mereka, yang turut dikenali sebagai jurunikah, berumur antara 37 hingga 55 tahun telah menjalani ujian Covid-19 dan sedang menunggu keputusannya.

Menurut Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad, lima jurunikah itu telah berhubung dengan individu-individu yang telah diuji positif Covid-19 pada acara atau lokasi yang berlainan.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua majlis akad nikah di Selangor ditangguhkan selepas jurunikah dikuarantin - Jais

Pegawai Jais yang pertama, berusia 37 tahun, telah menjalankan proses akad nikah seorang pengantin lelaki yang positif Covid-19 pada 6 Mac.

Pengantin perempuan serta beberapa saudara mara juga kemudiannya diuji positif Covid-19. Mereka disyaki telah berjangkit daripada salah seorang ahli keluarga pengantin lelaki.

Lelaki itu dikatakan telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dari 27 Februari hingga 1 Mac.

Jurunikah kedua yang berusia 43 tahun mempunyai kontak rapat dengan pengerusi dan timbalan pengerusi sebuah masjid yang kedua-duanya diuji positif Covid-19.

Jurunikah ketiga pula adalah penolong pendaftar perkahwinan berusia 55 tahun yang telah bersalaman dengan dua individu kumpulan tabligh yang telah diuji positif Covid-19.

Jurunikah seterusnya berusia 49 tahun, mempunyai hubungan rapat dengan bapa pengantin lelaki yang diuji positif Covid-19.

Yang terakhir adalah seorang lelaki berusia 45 tahun yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dari 27 Februari hingga 1 Mac.

"Mereka semua dikuarantin di rumah," kata Shahzihan ketika dihubungi.

Beliau juga menambah bahawa semua upacara akad nikah telah dihentikan sementara oleh Jais. -The Star

Jais, jurunikah, akad nikah, Covid-19

Artikel Lain