suria

Malaysia jejak 2,000 warga Rohingya sertai perhimpunan tabligh untuk jalani ujian Covid-19

Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia dengan memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) bergerak memasuki zon merah untuk menghantar makanan kepada pesakit di bawah pengawasan ketika tinjauan khas di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang menjadi Pusat Pemantauan. Foto Bernama

PIHAK berkuasa Malaysia sedang menjejaki kira-kira 2,000 warga Rohingya yang menghadiri perhimpunan tabligh yang membabitkan banyak kes Covid-19.

Perkara itu diberitahu oleh sumber keselamatan dan dua individu kepada Reuters.

Lebih 100,000 warga Rohingya tinggal di Malaysia selepas melarikan diri dari Myanmar, mereka bagaimanapun dianggap sebagai pendatang tanpa izin. 

Status tersebut mungkin membuatkan kebanyakan mereka enggan tampil untuk membuat pemeriksaan meskipun mempunyai gejala, ujar sumber lain dalam komuniti Rohingya.

ARTIKEL BERKAITAN: 110 kes baharu Covid-19 dicatatkan, jumlah terkini di Malaysia 900 kes

Usaha Malaysia mencari warga Rohingya memberikan cabaran kepada kerajaan, untuk mengesan jangkitan virus itu dalam kalangan komuniti yang tidak mempunyai sebarang dokumen rasmi dan jaminan daripada pihak berkuasa.

Menurut sumber, perhimpunan agama yang diadakan pada akhir bulan lalu di sebuah masjid di pinggir Kuala Lumpur dihadiri kira-kira 16,000 peserta, termasuk warga Muslim Rohingya dari Myanmar.

Selain Rohingya, kira-kira 1,500 orang Muslim dari seluruh Asia turut menyertai perhimpunan itu.

Hampir 600 kes Covid-19 di Asia Tenggara dicatatkan mempunyai kaitan dengan perhimpunan tersebut.

Ia termasuk 513 kes di Malaysia, 61 (Brunei), 22 (Kemboja), dan sekurang-kurangnya lima di Singapura dan dua di Thailand.

Setakat Rabu, Malaysia mempunyai 790 kes positif Covid-19. - Reuters

tabligh, Rohingya, Covid-19

Artikel Lain