suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seramai 125 lagi dijangkiti Covid-19, 95 ada kaitan dengan perhimpunan tabligh

Malaysia catat 553 kes setakat Isnin. -Gambar hiasan

PENULARAN wabak Covid-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan dengan 125 kes baharu pada Isnin.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 553 kes di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada perintah ‘lockdown’ buat masa ini” – Menteri Kesihatan nafi khabar angin

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, 95 daripada kes itu mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.

"Daripada 125 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 95 kes positif Covid-19 adalah berkiatan dengan kluster perhimpunan tabligh Masjid Sri Petaling.

"Sehingga kini, seramai 12 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan," ujarnya menerusi sidang media pada Isnin petang.

Untuk rekod semasa, China masih mendahului dengan 81,068 kes diikuti Itali (21,157) dan Iran sebanyak 13,938 kes.

Covid-19, Masjid Sri Petaling

Artikel Lain