suria

Shafee disahkan negatif Covid-19

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disahkan negatif untuk Covid-19.

PEGUAM yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, disahkan negatif untuk Covid-19.

Peguam itu memaklumkan keputusan ujian itu kepada Astro Awani menerusi mesej ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan ujian Covid-19 Shafee dijangka diketahui petang ini

Shafee menjalani ujian untuk Covid-19 berikutan beliau merupakan kontak rapat dengan pesakit Patient-Under-Investigation (PUI) yang juga adik iparnya.

Dia telah menjalani kuarantin sejak Khamis (12 Mac), yang membawa kepada perbicaraan kes 1MDB melibatkan Najib ditangguhkan.

Terdahulu Shafee dan isterinya, Tania Scivetti, telah menjalani ujian pada pukul 4 petang Khamis di KPJ Damansara. - THE STAR

Shafee, negatif, Covid-19

Artikel Lain