suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MP DAP Sarawak dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai PUI

Wong dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) bagi Covid-19.

AHLI Parlimen Sarikei Wong Ling Biu dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) bagi Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa Wong telah dimasukkan ke hospital sebagai PUI.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam peserta ijtimak tabligh dari Sarawak positif Covid-19

Wong, yang masih ditahan di hospital, dikatakan telah menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur dari 29 Februari hingga minggu lalu susulan kemelut politik yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew ketika dihubungi berkata “beliau bukanlah dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 sebaliknya radang paru-paru. Hospital kini menahannya sebagai PUI.” -  BERNAMA

Covid-19, PUI, MP, DAP, Sarawak

Artikel Lain