suria

Enam peserta ijtimak tabligh dari Sarawak positif Covid-19

Sarawak merekodkan enam kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu sebanyak sembilan kes. (Gambar sekadar hiasan)

SARAWAK merekodkan enam kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu sebanyak sembilan kes.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata dua daripada kes baru itu adalah dari Limbang dan empat lagi dari Kuching.

Kesemua enam kluster itu yang menghadiri perhimpunan agama atau 'ijtimak tabligh' di masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur dari 28 Februari hingga 1 Mac kini dirawat di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Perhatian... Semua peserta ijtimak tabligh segera hubungi pejabat kesihatan daerah!

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta program Ijtimak Tabligh dihantar ke Hospital Sungai Buloh - “Bukan 'lari', tapi mungkin bosan menunggu”

Uggah berkata Sarawak akan segera mengumumkan kes baru supaya orang ramai dimaklumkan tentang situasi terkini.

Beliau sekali lagi merayu kepada mereka yang menghadiri acara di masjid Sri Petaling itu, untuk melaporkan segera ke hospital atau pejabat kesihatan terdekat untuk pemeriksaan Covid-19.

"Kami berjaya mengesan 311 peserta tetapi kami percaya mungkin terdapat lebih banyak lagi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana negeri di Kuching pada Sabtu.

Uggah juga berkata pasukan khas telah ditubuhkan untuk memantau pengisytiharan kesihatan setiap orang yang memasuki Sarawak melalui empat lapangan terbang utama dari 2 hingga 5 Mac.

"Ini akan membolehkan kita mengenal pasti mereka yang terbang ke Sarawak," katanya. - THE STAR

Artikel Lain