Wow! PLUS tawar diskaun tol 20 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Semasa | mStar

Wow! PLUS tawar diskaun tol 20 peratus sempena Tahun Baharu Cina

PLUS menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus pada 25 Januari ini sempena Tahun Baharu Cina.

PENGGUNA lebuh raya bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus pada 25 Januari ini sempena Tahun Baharu Cina, menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Diskaun tol 20 peratus itu untuk pengguna kenderaan persendirian yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Jambatan Pulau Pinang serta Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

"Pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun 20 peratus di kesemua tol kami pada 25 Januari bermula tengah malam sehingga pukul 11.59 malam," kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

"Sebagai contoh, jika pelanggan memasuki lebuh raya pada pukul 7 malam pada 24 Januari dan keluar dari lebuh raya pada pukul 12.15 pagi 25 Januari, mereka secara automatik menikmati diskaun berkenaan," katanya.

“Kami juga mengambil peluang untuk mengucapkan pelanggan kami supaya ‘hidup dalam keadaan aman dan harmoni serta sentiasa selamat walau di mana sahaja mereka berada’ dan dapat meraikan Tahun Baharu Cina bersama insan tersayang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Diskaun tersebut tidak ditawarkan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang.

Ia juga tidak ditawarkan kepada pengguna di Jambatan Pulau Pinang yang menikmati diskaun tol 20 peratus sedia ada melalui kad Touch n Go. - The Star

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain