Harga RON97 turun 9 sen seliter, RON95 dan diesel kekal - Semasa | mStar

Harga RON97 turun 9 sen seliter, RON95 dan diesel kekal

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 18 Januari sehingga 24 Januari 2020 berjumlah RM74.70 juta

HARGA runcit petrol RON97 turun 9 sen kepada RM2.53 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam Jumaat hingga 24 Januari.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya ialah masing-masing RM2.23 dan RM2.33 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.32 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.46 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 18 Januari sehingga 24 Januari 2020 berjumlah RM74.70 juta. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain