suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi 24 bulan jatuh laut sewaktu bermain di beranda rumah atas air, bapa saudara temui mayat sudah terapung

Kejadian berlaku di sebuah rumah atas air di Kampung Patau-Patau 1, Labuan, Sabah.

SEORANG bayi lelaki mati apabila terjatuh ke dalam laut ketika sedang bermain di beranda sebuah rumah atas air di Kampung Patau-Patau 1 di Labuan, Sabah, lewat petang Selasa.

Muhamad Aidan Hakimi Mohd Reduan yang berusia 24 bulan dikatakan tergelincir dari beranda rumah itu sebelum mayatnya ditemukan terapung oleh bapa saudaranya yang pulang dari bekerja.

Ketua Polis Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian bayi lelaki itu sedang bermain di rumah neneknya dan dijaga oleh ibu saudaranya yang berusia 20 tahun.

“Bayi lelaki itu dititipkan kepada ibu saudaranya ketika ibu bapanya pergi ke bank di bandar dan ketika bayi itu bermain di beranda yang tidak berpagar wanita itu tidak menyedari anak saudaranya terjatuh ke dalam laut dan terapung di bawah rumah.

“Bapa saudara bayi itu yang pulang terlihat kejadian lalu terjun ke dalam laut untuk mendapatkannya membawa anak saudaranya itu ke hospital. Namun bayi itu meninggal dunia tidak lama selepas tiba,” kata Muhamad Farid.

Beliau berkata kejadian itu dilaporkan kepada polis oleh bapa bayi tersebut pada 6.58 petang Selasa

Katanya pihak polis sedang menyiasat punca kejadian dan sementara itu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA.

Artikel Lain