suria

Gabungan pelbagai produk bukti kecantikan dan kesihatan diutamakan

Pengasas-pengasas produk dan tetamu yang hadir pada Glam & Glitz.

BUAT julung kalinya gabungan lima produk pelbagai guna dilancarkan dalam satu majlis baru-baru ini.

Majlis pelancaran Glam & Glitz menyaksikan pengenalan terhadap lima produk iaitu iaitu Amber, Organics & Such, QahFi, Jamu D'Ratu serta CTCanting.

Lebih menarik kelima-lima produk ini mempunyai kelebihan dan kegunaan tersendiri.

Antara produk kesihatan yang diperkenalkan pada Sabtu lalu.

Produk Amber merupakan produk kecantikan kulit dan berasaskan buah kiwi.

Manakala Organics & Such menghasilkan produk kecantikan seperti serum, sabun mandi, masker, serta pelembab muka.

Berbeza pula dengan produk CTChanting merupakan sentuhan lembut lukisan tangan di atas tudung yang dihasilkan.

Satu lagi produk yang diperkenalkan pada pelancaran ini adalah jamu kesihatan D'Ratu.

Tudung istimewa hasil lukisan tangan yang dikeluarkan oleh CTChanting.

Dan satu lagi adalah minuman berasaskan kopi, Qahfi yang berkualiti tinggi mempunyai Gam Arab mampu mengembalikan tenaga dan kecergasan kepada penggunanya.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis tersebut termasuk Datin Seri Nurfarhan Attan, isteri kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Antarabangsa) disertai dengan beberapa orang selebriti terkenal tanah air.

Kesemua produk ini bakal memasuki pasaran menjelang tahun baharu nanti.

Produk kecantikan, QahFi

Artikel Lain