Kes serang, tumbuk doktor di klinik, polis tahan dua lelaki

Video seorang doktor dibelasah oleh seorang lelaki di sebuah klinik di Bangi tular pada Sabtu lalu.

PEMUDA yang membelasah seorang doktor di sebuah klinik di Bandar Baru Bangi ditahan pada Ahad.

Turut ditahan bersamanya seorang lagi indvidu yang merakam insiden itu, pada petang Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pemuda berusia 32 tahun dan 37 tahun ditahan ketika tampil memberi keterangan pada pukul 2 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor dibelasah di klinik, suami skandalnya diam-diam balik dari Dubai - “Mimpi my brother in law jadi kenyataanlah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya” - Jumpa resit hotel, suami nurse curang dedah derita 8 bulan

"Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama satu hari hingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Namun seorang lagi suspek dibebaskan selepas permohonan reman terhadapnya ditolak oleh pihak mahkamah," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini mStar melaporkan seorang doktor dibelasah seorang pemuda kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri salah seorang suspek.

Doktor berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan pada muka dan badan dalam insiden itu.

Kejadian itu turut tular di media sosial selepas satu rakaman klip video berdurasi dua minit 20 saat, memaparkan doktor lelaki berkenaan diserang dan dibelasah.  

Ahmad Dzaffir berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian daripada doktor berkenaan yang mendakwa dipukul sewaktu berada di kliniknya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 serta 506 Kanun Ke­seksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah.

doktor, tumbuk, serang, belasah, polis

Artikel Berkaitan

Artikel Lain