Selepas Port Dickson, 46 sekolah di Nilai ditutup kerana jerebu bertambah buruk - Semasa | mStar

Selepas Port Dickson, 46 sekolah di Nilai ditutup kerana jerebu bertambah buruk

Keadaan jerebu di Nilai, Negeri Sembilan.

BEBERAPA jam selepas pihak berkuasa di Negeri Sembilan mengarahkan 63 sekolah ditutup di Port Dickson kerana keadaan jerebu yang bertambah buruk, sebanyak 46 sekolah di Nilai turut diarah tutup selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah 203 pada pukul 9 pagi Selasa.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan negeri mengarahkan sekolah-sekolah di Port Dickson ditutup selepas bacaan IPU mencatatkan tahap sangat tidak sihat iaitu 203.

Setakat pukul 9 pagi Selasa, bacaan IPU di Port Dickson adalah 212.

ARTIKEL BERKAITAN: Sangat tidak sihat bacaan IPU, semua sekolah di Port Dickson diarah tutup

Seramai 22,877 pelajar di Port Dickson terjejas akibat jerebu di Port Dickson, manakala lebih 15,000 pelajar di Nilai.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, guru-guru masih perlu hadir ke sekolah tetapi mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai topeng muka.

Beliau menambah, Jabatan Pendidikan negeri akan terus memantau keadaan jerebu dan memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. - The Star



IPU , jerebu , Port Dickson , Nilai

Artikel Sebelum

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain