“Pada saya, nampak macam malang tak berbau” - KPN komen tragedi menimpa Mejar Zahir - Semasa | mStar

“Pada saya, nampak macam malang tak berbau” - KPN komen tragedi menimpa Mejar Zahir

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi keupayaan Tentera Darat di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan penuh berhubung insiden kematian Pegawai Komando 11 Grup Gerak Khas (11 GGK), Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang terkena tembakan pagi Rabu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, buat masa ini, pihaknya belum menerima maklumat terkini mengenai kejadian yang berlaku ketika latihan demonstrasi keupayaan Tentera Darat di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

"Saya belum dapat maklumat yang terakhir tetapi siasatan memang dijalankan mengikut prosedur yang ada. Kita nak tahu puncanya.

"Siasatan penuh sedang berjalan dan pada saya, ia nampak macam malang tidak berbau. Latihan dah diatur, disusun elok-elok tetapi berlaku juga," katanya.

Abdul Hamid berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas hadir pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Perak 2019 kepada 500 penerima di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan kepada 76 orang pesara era darurat dan pemberontakan komunis, 224 pesara polis berpencen dan 200 pegawai polis yang masih berkhidmat.

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, pihaknya juga tidak akan terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden menimpa Allahyarham Mohd Zahir tanpa disokong oleh fakta.

"Kepada keluarga Allahyarham dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kami tidak akan terburu-buru mengeluarkan kenyataan yang tidak disokong oleh fakta.

"Insya-Allah dalam masa terdekat nanti, Pesuruhjaya Polis Sabah akan keluarkan kenyataan," katanya.

Abdul Hamid juga turut meminta orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau membuat spekulasi sendiri dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perkara tersebut berlaku.

"Saya tiada amaran, siapa berani main api dia akan terbakar. Tahu-tahu nanti, pasukan siasatan khas saya akan ketuk rumah, tarik bawa ke balai, baru dia tahu," katanya.-SinarHarian

 

Mejar Zahir , Hamid Bador , KPN , Sabah

Artikel Sebelum

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain