suria

Budak 5 tahun disambar JDT, bakal jadi pemain termuda Malaysia

Paparan skrin aksi kanak-kanak itu yang dimuat naik menerusi video di Faceboook.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bakal menjadi pemain termuda dalam sejarah bola sepak Malaysia yang diserap menyertai kelab sejurus mengikat kontrak dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak lama lagi.

Pengarah Teknikal Kelab, Alistair Edwards mengumumkan pasukan itu akan menyerap pemain muda itu, Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah selepas menerima keizinan ibu bapanya.

"Dia sebelum ini bermain untuk TSS Selangor Elite FC.

"Ini merupakan sebahagian pelan jangka panjang kelab yang mana bakat muda seperti Tengku Sulaiman diberi peluang untuk mengembangkan bakat mereka dengan fasiliti lengkap di JDT, yang mana kita juga berkoloborasi dengan kelab luar.

Edwads berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Johor Southern Tigers pada Selasa.

Mereka turut memuat naik video berdurasi 57 saat yang memaparkan kebolehan Tengku Sulaiman termasuklah membuat sepakan percuma. - The Star.

Artikel Lain