suria

Jangan pening kepala, dimsum tawar berita sensasi, hiburan terpilih Asia... percuma dalam satu platform!

'dimsum' menghimpunkan pilihan saluran terbaik di Asia.

PENING kepala nak cari berita gara-gara terdapat banyak sangat saluran ditawarkan di internet?

Dengan berita tergempar, isu semasa tempatan dan laporan mendalam dalam dan luar Asia, mungkin akan buat anda keliru sehingga tak tahu nak pilih yang mana satu.

Bukan mudah untuk mendapatkan kesemuanya secara percuma dalam satu platform, tetapi perkhidmatan langganan video on demand, dimsum ada penyelesaiannya.

Pilihan dimsum adalah sangat tepat kerana menghimpunkan pilihan saluran terbaik di Asia yang dapat ditonton tanpa bayaran mengikut minat anda, sama ada berita, hiburan atau gaya hidup.

Berikut adalam enam siaran terpilih dimsum:

CCTV4 News

CCTV4 News merupakan satu-satunya saluran dari China yang disiarkan di seluruh dunia. Saluran ini menawarkan laporan tempatan dan antarabangsa yang terkini, tepat serta mendalam kepada rakyat China di luar negara. Kandungannya kaya dengan budaya Cina dan antara program-program yang popular seperti Focus Today, Asia Today, Homeland Dreamland dan International Insight.

A1 Entertainment

A1 Entertainment menawarkan berita-berita terkini mengenai dunia hiburan dari seluruh Asia termasuk China, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun. Anda akan disajikan dengan berita semasa bintang-bintang popular dan juga sorotan harian. 

mStar

Portal berbahasa Malaysia yang moden dan berkepelbagaian, menawarkan kandungan gaya hidup, berita, hiburan, sukan dan sosial kepada generasi muda menerusi pendekatan interaktif dan kreatif. Ia merupakan portal berita bahasa Malaysia pertama yang memenangi anugerah peringkat antarabangsa dalam kategori berita digital di Anugerah Media Digital Asia.

Star TV

Star TV bermula sebagai sebuah laman web berita harian yang menawarkan berita semasa,  kandungan menarik dan pandangan bernas. Seiring dengan peredaran masa, ia turut mengandungi berita semasa, perniagaan, sukan, komuniti, teknologi, gaya hidup dan berita dunia, serta analisis pakar dan video-video dinamik.

R.AGE

R.AGE merupakan pasukan wartawan siasatan di Malaysia yang memberi fokus dalam menghasilkan dokumentari multimedia pendek dan kempen-kempen kesedaran. Sesetengah kandungan seperti projek ‘Predator in My Phone’ meraih beberapa anugerah peringkat antarabangsa termasuk Anugerah Media Asia (2017) - Cerita Rencana Cemerlang, Anugerah Media Asia (2017) – Perkhidmatan Komuniti, dan Anugerah MPI (2017) – Laporan Penyiasatan Cemerlang.

988

988 merupakan salah satu stesen radio berbahasa Cina utama di Malaysia yang meliputi Semenanjung Malaysia dan Singapura. Stesen radio ini terkenal dengan kandungan maklumat hiburan, dan antara ruangan popularnya termasuklah Asean Focus, Berita Utama, Pengulasan Jumaat, Hiburan, dan Pendapat Awam.

Muat turun aplikasi Dimsum menerusi Apple App Store atau Google Playstore dan daftar baharu untuk menikmati saluran-saluran ini pada bila-bila masa. 

Kandungan berita dan video pendek masih dapat diakses selepas tamat 30 hari percubaan secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web dimsum.asia, laman Facebook rasmi dimsum atau Instagram @dimsum.asia.

Artikel Lain