Logo lawat Malaysia 2020 dilancar - Semasa | mStar

Logo lawat Malaysia 2020 dilancar

Dr Mahathir melancarkan logo baharu kempen Melawat Malaysia. Foto: Bernama
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan logo baharu kempen Melawat Malaysia (VM) 2020.

Logo itu menampilkan pelbagai ikon Malaysia yang dikenal biasa seperti burung kenyalang, bunga raya, pakis liar dan warna-warna jalur gemilang.

Ciptaan Alfred Phua Hong Fook, pereka grafik berusia 23 tahun dari Melaka, logo itu melambangkan kepelbagaian budaya, warisan, flora dan fauna Malaysia di samping pengalaman yang ditawarkan sebagai sebuah destinasi percutian.

Logo beliau dipilih daripada beratus-ratus penyertaan diterima dari seluruh negara semasa tempoh pertandingan awal tahun ini.

Logo baharu itu menggantikan yang terdahulu dilancarkan di Chiang Mai, Thailand oleh bekas menteri pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersempena Forum Pelancongan Asean tahun lepas.

Tahun hadapan ditetapkan sebagai Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menyasarkan ketibaan 30 juta ketibaan pelancong antarabangsa dengan hasil pelancongan RM100 bilion, serta fokus pada ekopelancongan, kesenian dan budaya.

Bagi menjayakan kempen, Tourism Malaysia telah mengambil rakan dari beberapa perbadanan sektor swasta iaitu Sharp (M) Electronics Sdn Bhd, Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air dan Malaysia Airports Holidays Bhd, bagi melaksana aktiviti pemasaran dan penggalakan dengan menggunakan platform media tempatan dan global mereka.

Untuk mengukuhkan lagi industri berkenaan, kerajaan baru-baru ini melancarkan dana geran sebanding Promosi Pelancongan Malaysia atau Gamelan Malaysia berjumlah RM5 juta.

Ia bertujuan membantu pengusaha industri berkenaan untuk promosi pelancongan antarabangsa dan program pemasaran bagi meningkatkan ketibaan pelancong antarabangsa sambil meningkatkan pelancongan domestik.

Tahun lepas, Malaysia menerima kedatangan 25.8 juta pelancong antarabangsa, sementara untuk lima bulan pertama tahun ini, ketibaan pelancong asing mencecah hampir 11 juta orang, mencatatkan pertumbuhan 4.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. -Bernama

Visit Malaysia , 2020

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain