suria

Bekas stokis bengkung saman Sajat, dakwa reputasinya merudum akibat difitnah

Menurut Suzzyana Sulaiman, dia difitnah kononnnya menjual bengkung palsu sedangkan ia merupakan produk asli yang dibeli secara sah sebagai stokis.

USAHAWAN kosmetik Nur Sajat bakal berdepan dengan tindakan undang-undang atas dakwaan memfitnah bekas stokis perniagaan bengkung miliknya.

Menerusi surat bertarikh 8 Julai yang diedarkan menerusi emel kepada pihak media, pejabat peguam terbabit merujuk Nur Sajat sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Usahawan itu didakwa memfitnah Suzzyana Sulaiman sehingga menjatuhkan reputasi wanita itu.

Fitnah dan laporan Sajat turut menyebabkan Suzzyana mengalami kerugian apabila pejabatnya diserbu oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hak Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga produk jualan wanita itu dirampas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sajat nak kahwin, mahu tukar jantina dalam MyKad” - 'Runner' nafi tipu duit, tuntut mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: “Sajat perempuan, bayar RM300 juta kalau nak tengok sekali imbas boleh la” - Bapa Sajat

Menerusi kenyataan  NHA Advocates & Solicitors yang dilantik mewakili Suzzyana, Sajat turut menidakkan haknya sebagai stokis sah untuk perniagaan itu.

Menurut wanita itu lagi, dia difitnah kononnnya menjual bengkung palsu sedangkan ia merupakan produk asli yang dibeli secara sah sebagai stokis.

Menurut wanita itu, fitnah Sajat menyebabkan reputasinya tercalar dan mengalami kerugian perniagaan.

Dalam pada itu, wakil peguam NHA Advocates & Solicitors, Nurul Hafidzah Hassan berkata, anak guamnya mahu menuntut ganti rugi akibat reputasi tercalar, gangguan emosi serta kerugian perniagaan atas fitnah yang ditabur ke atasnya. 

"Kami juga ingin mengesahkan bahawa beberapa anak guam yang lain telah tampil dengan tuntutan yang sama terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd.

"Dengan itu kami sudah bersedia untuk memulakan beberapa tindakan undang-undang terhadap usawahan berusia 34 tahun itu dalam masa terdekat," ujar Nurul Hafidzah lagi.

Pada 17 Jun lalu, mStar turut membuat laporan mengenai kes seorang individu yang menuntut permohonan maaf terbuka daripada Sajat atas dakwaan menganiayai dirinya.

Yusmiliati Mohamed Yusof mendakwa, imejnya tercalar selepas dituduh menipu duit yang diberikan usahawan kosmetik itu bagi tujuan membantunya menukar maklumat jantina dalam MyKad.

Ujarnya lagi, Sajat dan pembantunya, Ashaari Maznana bertemu dengannya

Artikel Lain