suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak tiri Najib ditahan, akan didakwa esok

Riza Aziz hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis.

RIZA Aziz anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan pengubahan wang haram pada Jumaat.

Difahamkan dia telah dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dan ditahan selepas itu.

Sumber berkata tindakan itu dilakukan bagi melengkapkan proses untuk mendakwanya di mahkamah.

"Ya, dia akan didakwa esok," kata sumber.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengesahkan Riza ditahan pada tengah hari dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Riza adalah anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor dan merupakan pemilik Red Granite Pictures.

Riza Aziz, anak tiri, Najib Tun Razak

Artikel Lain