Pertama kali hadir, Rosmah keluar mahkamah setelah pendakwaan persoal kehadirannya pada perbicaraan kes Najib

Datin Seri Rosmah Mansor. -foto AP

DATIN Seri Rosmah Mansor keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas pendakwaan mempersoalkan kewajaran beliau menghadiri perbicaraan kes suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan SRC International Sdn Bhd, memandangkan beliau berpotensi menjadi saksi dalam kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa keterangan Rosmah telah diambil dan adalah lebih baik bagi dirinya untuk tidak berada di mahkamah bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan.

"Rosmah berada di dalam mahkamah. Beliau berpotensi menjadi saksi dalam kes ini dan keterangan saksinya telah diambil.

"Kami tidak mahu sebarang masalah timbul kemudiannya. Kami tidak mahu dilihat menyukarkannya, ia hanya satu prosedur," jelas Sithambaram.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersependapat dengan Sithambaram kerana ia merupakan soal prosedur memandangkan keterangan Rosmah telah diambil.

Tanpa menunggu keputusan hakim mengenai kehadirannya, Rosmah keluar dari mahkamah diikuti peguamnya Datuk K. Kumaraendran yang bertindak sebagai peguam pemerhati kepadanya dalam perbicaraan kes Najib itu, selepas peguam ini memohon maaf.

Ini merupakan kehadiran kali pertama Rosmah pada perbicaraan suaminya yang masuk hari ke-27 hari ini.

Rosmah, yang memakai baju kurung merah memasuki mahkamah pada 9.13 pagi semasa Muhammad Shafee menyoal balas saksi pendakwaan ke-39, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail, 54.

Isteri bekas perdana menteri itu kemudiannya duduk di barisan hadapan galeri awam, betul-betul di belakang suaminya yang berada di dalam kandang tertuduh.

Najib, 66, menghadapi tiga tuduhan pencah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kuasa dan tiga tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. -Bernama

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain