Kementerian mahu siasatan menyeluruh terhadap kematian misteri kaum Bateq - Semasa | mStar

Kementerian mahu siasatan menyeluruh terhadap kematian misteri kaum Bateq

Tengku Zulpuri (gambar kecil) akan menyiasat secara menyeluruh punca kematian misteri komuniti Bateq di Gua Musang. Foto: Sinar Harian.

KEMENTERIAN Air, Tanah, dan Sumber Asli (KATS) akan melakukan siasatan menyeluruh dan terperinci berhubung dakwaan berlaku pencemaran serius di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.

Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, terdapat laporan yang mendakwa aliran air sungai telah disekat oleh pelombong dan pembalak yang mendapat kebenaran untuk melakukan aktiviti di kawasan terbabit.

“Buat masa ini saya tidak mahu mendahului sebarang siasatan daripada jabatan dan agensi lain tetapi apa yang boleh saya katakan mungkin masalah air tercemar daripada bahan perlombongan di kawasan ini.

“Saya difahamkan pembalak dan pelombong telah menutup aliran sungai dan saya bimbang terdapat kemungkinan sisa perlombongan ini masuk ke dalam sungai,” katanya kepada Sinar Harian.

Tengku Zulpuri dijangka melawat kawasan kampung terbabit bagi meninjau keadaan penduduk berkenaan.

“Sebelum saya dilantik sebagai Timbalan Menteri, memang saya dan isteri sering masuk ke dalam kawasan kampung ini sebagai aktivis. Kali ini saya hadir sebagai mewakili kementerian untuk memastikan kegiatan pembalakan dan perlombongan ini mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Dari segi penguatkuasaan dan pengeluaran lesen tanah ialah di bawah kuasa kerajaan negeri tetapi lesen operasi adalah di bawah kerajaan Pusat,” jelas beliau.

Menurut beliau, suku kaum Bateq adalah yang paling sedikit dalam komuniti masyarakat orang asli di seluruh negara yang dianggarkan seramai 1,516 orang dan mereka tinggal di sekitar kawasan Taman Negara di Pahang, Perak dan Kelantan.

“Justeru, saya harap sangat semua pihak termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kerajaan Negeri, Jabatan Kesihatan dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin kerana saya sendiri rasa susah hati bimbang ada sesuatu yang tidak kena dalam kejadian ini,” ujarnya.

Kaum Batew , Gua Musang

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain