Kadar tambahan bayaran bagasi tidak benar - MAS - Semasa | mStar

Kadar tambahan bayaran bagasi tidak benar - MAS

MAS mendakwa kadar tambahan bayaran bagasi yang tular adalah tidak benar.

MALAYSIA Airlines (MAS) menjelaskan bahawa senarai kadar tambahan bagi bayaran bagasi oleh syarikat penerbangan itu yang tular dalam media sosial adalah tidak betul.

MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa kadar bagasi tambahan (pra bayar) masih berlandaskan kepada tanda aras industri dan berdaya saing dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan lain.

"Terdapat dua jenis kadar bagasi, satu untuk bagasi tambahan (pra bayar) dan satu lagi untuk bagasi berlebihan. Bagi bagasi berlebihan yang dibayar semasa daftar masuk di lapangan terbang, kadarnya tetap sama.

"Kadar untuk bagasi tambahan (prabayar) adalah dinamik bergantung kepada sektor, promosi, permintaan dan sebagainya. Penumpang bagaimanapun dapat mengetahui kadar tersebut semasa membuat tempahan melalui “my booking” atau semasa aliran tempahan," kata MAS dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Pada masa ini, senarai caj untuk tambahan bayaran bagasi untuk Ekonomi Lite untuk MAS tanpa sebarang elaun bagasi telah tular menerusi media sosial.

Kenyataan itu menasihatkan penumpang untuk klik pada pautan https://mhcare.malaysiaairlines.com/faq/s/article/Excess-Baggage-What-is-the-excess-baggage-fee-structure?language=en_US, untuk melihat struktur yang sah.

Bermula 8 April 2019, penumpang yang melakukan  perjalanan di Malaysia dalam kelas ekonomi MAS dapat memilih kombinasi tambang dan perkhidmatan yang terikat.

Ia meliputi beberapa keistimewaan termasuk elaun bagasi serta pilihan lain, yang membolehkan penumpang membayar apa yang mereka perlukan.-Bernama

MAS , kadar bayaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain