suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan pertimbang pelepasan cukai pasangan jalani IVF untuk dapat zuriat

Kaedah IVF memerlukan kos yang tinggi dan ia antara rawatan kesuburan bagi pasangan untuk mendapat zuriat.

KERAJAAN sedia mempertimbangkan cadangan memberi pelepasan cukai kepada pasangan suami isteri yang mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan memahami usaha pasangan suami isteri termasuk membelanjakan wang yang banyak bagi rawatan untuk mendapat zuriat.

"Ia merupakan cadangan yang baik, mungkin saya boleh angkat agenda ini untuk dipertimbangkan kerana bagi sebuah rumah tangga untuk mendapatkan zuriat adalah hampir segala-galanya," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berhubung sama ada Kementerian Kesihatan bercadang mengusulkan kepada Kementerian Kewangan untuk memberi pelepasan cukai terhadap pasangan suami isteri yang menjalani rawatan IVF.

Menjawab soalan asal Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai kos rawatan IVF di hospital kerajaan, Dzulkefly berkata jumlah caj yang dikenakan untuk satu kitar IVF atau suntikan intrasitoplasmik sperma adalah sekitar RM4,500 hingga RM5,000.

Beliau bagaimanapun berkata ia tidak termasuk ubat kerana ia ditanggung melalui subsidi penuh oleh kerajaan.

Tambahnya, sebanyak 976 pesakit telah menjalani rawatan IVF di empat hospital kerajaan pada tahun lepas, dengan 189 orang berjaya hamil. -- Bernama

IVF, Dewan Rakyat, Dzulkefly

Artikel Lain