suria

Pertemuan MB Johor, PM jadi tumpuan media

Osman Sapian.

USAHA pihak media untuk mendapatkan reaksi hasil pertemuan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin gagal setelah pemimpin negeri selatan itu menggunakan laluan keluar berbeza.

Pihak media berkumpul di pintu masuk laluan utama ke Perdana Putra setelah mendapat maklumat bahawa pertemuan antara Dr Mahathir dan Osman berlangsung pada Isnin.

Difahamkan, menteri besar itu menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard memasuki perkarangan Perdana Putra, pada kira-kira jam 3 petang dan keluar pada pukul 6.50 petang menggunakan laluan yang berbeza daripada lokasi media menunggu.

Media pada Ahad melaporkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor, Abdul Hakim Abdul Rahman, mengesahkan Osman akan ke Kuala Lumpur pada Isnin namun menolak khabar angin kononnya menteri besar itu akan digantikan.

Abdul Hakim dilaporkan berkata Osman dijadual menghadiri mesyuarat bersempena pemukiman pemimpin-pemimpin Singapura dan Malaysia yang ke-9 di Putrajaya, Selasa. - BERNAMA

Tun M, Osman Sapian, MB Johor

Artikel Lain