suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah tak perlu ganti cuti peristiwa empat hari setahun

Gambar hiasan pelajar mula cuti sekolah. Foto: Bernama

KEMENTERIAN Pendidikan memutuskan bahawa setiap sekolah boleh mengambil cuti peristiwa selama empat hari dalam setahun seperti sebelum ini, tanpa perlu menggantikannya.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Selasa berkata bagi tujuan itu, pihak sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk kelulusan.

“Kementerian Pendidikan telah menerima pertanyaan mengenai penggunaan cuti peristiwa sebanyak empat hari dalam setahun kebelakangan ini, justeru Menteri Pendidikan Maszlee Malik telah membuat keputusan tersebut,” kata kementerian itu.- Bernama

Cuti sekolah, peristiwa

Artikel Lain