Wanita maut selepas kepala dipukul dengan topi keledar - Semasa | mStar

Wanita maut selepas kepala dipukul dengan topi keledar

SEORANG wanita berusia 37 tahun meninggal dunia sehari selepas dia dipukul di kepala menggunakan sebuah topi keledar di Bayan Lepas dekat George Town, Pulau Pinang, awal pagi Isnin.

Mangsa dari Jelutong disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5 pagi Isnin di Hospital Pulau Pinang.

Keputusan bedah siasat belum didedahkan pada waktu berita ini ditulis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Motif suspek akan diketahui dalam masa terdekat," katanya.

Che Zaimani berkata suspek berusia 55 tahun akan direman selama tujuh hari sehingga 6 April ini.

maut , pukul , topi keledar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain