Pinjaman Sara Hidup dikurangkan daripada RM1,500 kepada RM1,000 tidak dapat dielakkan - Felda - Semasa | mStar

Pinjaman Sara Hidup dikurangkan daripada RM1,500 kepada RM1,000 tidak dapat dielakkan - Felda

Gambar hiasan.

FELDA pada Khamis menjelaskan bahawa keputusan mengurangkan bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil daripada RM1,500 sebulan kepada RM 1,000 sebulan tidak dapat dielakkan berdasarkan keadaan kewangan semasa Felda yang kritikal.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporatnya, Felda berkata ia berhadapan cabaran kewangan bagi menjelaskan komitmennya sebanyak RM500 juta setahun bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil peneroka.

Ia menarik perhatian bahawa sehingga kini Felda telah menggunakan dana dalaman sekitar RM7.5 bilion untuk membiayai pinjaman peneroka.

"Keutamaan Felda pada masa ini adalah untuk melunaskan tunggakan kepada kontraktor dan pembekal terutamanya koperasi kepunyaan peneroka yang terlibat dengan kerja-kerja operasi sawit seperti angkut dan tuai.

"Jika pembayaran kepada kontraktor dan pembekal ini lewat, produktiviti kebun serta pendapatan peneroka akan terjejas," kata kenyataan itu.

Dengan pengurangan ini, purata beban hutang peneroka bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dapat dikurangkan daripada RM99,000 kepada RM71,000 bagi setiap peneroka yang telah mengambil pinjaman ini.

FELDA

Menurutnya, institusi kepimpinan peneroka seperti Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKPP), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Kami Anak Felda (KAF) telah bersetuju bagi pelaksanaan penurunan kadar sara hidup kepada RM1,000 berdasarkan keupayaan kewangan Felda serta keputusan Lembaga Felda pada 13 Dis 2018.

“Dengan pengurangan ini, purata beban hutang peneroka bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dapat dikurangkan daripada RM99,000 kepada RM71,000 bagi setiap peneroka yang telah mengambil pinjaman ini,” kata Felda.

Katanya lagi, pengurangan jumlah hutang peneroka ini akan membantu mengurangkan komitmen peneroka untuk membayar balik hutang kepada Felda iaitu daripada purata RM550 sebulan kepada RM390 sebulan.

Majlis Permuafakatan NGO Felda semalam dilaporkan menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenai penurunan bayaran berkenaan. - Bernama

Artikel Sebelum

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain