suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis sita banglo tiga tingkat Jho Low

Rumah banglo tiga tingkat di Tanjung Bungah Park, Pulau Pinang.

RUMAH banglo tiga tingkat milik keluarga ahli perniagaan, Low Taek Jho di Tanjung Bungah Park di Pulau Pinang, disita polis.

Dipercayai pegawai dari Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan ke rumah bernilai RM15 juta itu pada Khamis lalu, bagi mengeluarkan notis penyitaan daripada Pejabat Peguam Negara di bawah seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Dipercayai tiada penghuni di rumah ketika itu.

Notis bertarikh 17 Januari 2019 menyebut: "Dengan ini diperintahkan supaya harta tak alih sedemikian disita oleh pegawai penyiasat dan semua urusan berkenaan dengan harta tak alih itu adalah dilarang. Ambil perhatian bahawa kegagalan untuk mematuhi notis ini adalah kesalahan di bawah Akta".

Notis tersebut ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syafinas Shabudin.

Pemilik banglo adalah Goh Gaik Ewe, 66, yang merupakan ibu Low, juga dikenali sebagai Jho Low. - The Star

Jho Low, Goh Gaik Ewe

Artikel Lain