suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di Christchurch

SEORANG rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di sekitar masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata mangsa yang cedera itu sedang menerima rawatan.

“Kami sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada semua pihak berkaitan,” katanya.

Sementara itu, dalam laman Facebook rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di negara berkenaan meminta rakyat Malaysia menetap di New Zealand khususnya Christchurch agar memeriksa keluarga dan rakan jika tercedera atau terlibat dalam kejadian tembakan di sekitar masjid di Christchurch.

“(Orang ramai) boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi di talian +64-210440188 atau +64220662118 atau e-mel kami di [email protected]. Sila ikuti arahan lanjut daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam laman Twitter rasminya berkata rakyat Malaysia yang cedera itu dilaporkan stabil.

“Keadaannya stabil,” katanya ringkas.

Pada Jumaat, media melaporkan berlaku insiden tembakan di dua masjid di Christchurch melibatkan beberapa orang awam. - BERNAMA

Artikel Lain