suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buaya 19 kaki 'temani' mayat mangsa mati dibaham

Gambar hiasan.

MAYAT seorang lelaki ditemukan bersama seekor buaya sepanjang 5.79 meter (19 kaki) di Sungai Kinabatangan pada Jumaat.

Lelaki itu dilaporkan hilang ketika ketika menjala udang di sungai itu pada Khamis sebelum mayatnya ditemukan bersama buaya itu pada 3.30 petang Jumaat.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan, pasukan mencari dan menyelamat (SAR), yang terdiri daripada APM Kinabatangan, Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, dan Ibu Pejabat Polis Kinabatangan, terpaksa mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menghalau reptilia itu bagi membolehkan pasukan SAR mengambil mayat lelaki itu.

“Mayat mangsa ditemukan tanpa kaki kiri dan tanpa tangan kanan dipercayai dibaham reptilia itu,” menurut kenyataan itu lagi.

Mangsa dikenalpasti sebagai Abdurahman Norsirat, 40 yang dilaporkan keluar menjala udang di sungai itu dekat Kampung Tanjung Bulat bersama abang saudaranya kira-kira 4 petang Khamis.

Bagaimanapun, kira-kira 7.30 malam, abang saudara mangsa terkejut melihat mangsa dibaham seekor buaya besar di tebing sungai ketika sedang menarik jala dan seterusnya, membuat laporan polis.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

APM turut memaklumkan pasukan SAR berkenaan telah mengemukakan cadangan kepada Pejabat Daerah Kinabatangan untuk membangkitkan isu serangan buaya di daerah itu ke Masyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah akan datang. - BERNAMA

buaya, Kinabatangan

Artikel Lain