suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum ada kenyataan rasmi mengenai ECRL - Guan Eng

Lim Guan Eng.

MENTERI Kewangan Lim Guan Eng pada Selasa berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menasihatkan beliau supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Saya telah berjumpa perdana menteri pagi ini (Selasa) dan beliau telah menasihatkan saya untuk tidak mengeluarkan sebarang pengumuman (berhubung ECRL) buat masa ini.

"Jadi, sila tunggu kenyataan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan inisiatif Bank Negara Malaysia, Dana untuk rumah mampu milik dan Portal Rumahku, di Kuala Lumpur, Selasa.

Ahad lepas Lim berkata kenyataan rasmi mengenai status projek ECRL akan dikeluarkan minggu ini iaitu sehari selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan projek bernilai RM81 bilion itu.

Lim berkata memandangkan ECRL melibatkan dana yang besar, pengumuman wajar dibuat menerusi kenyataan bertulis. - BERNAMA

ECRL, Lim Guan Eng

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia