suria

Azmin gesa Anwar pertimbang semula pelantikan jawatan utama kepimpinan PKR

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (gambar) menggesa Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengkaji semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti tersebut.

Beliau berkata, pelantikan baharu itu tidak mencerminkan prinsip anggota perwakilan yang adil dan saksama, selain ia tidak akan membantu parti untuk bergerak ke hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi Ramli, Chang Lih Kang, Ali Biju dilantik naib presiden PKR

"Beberapa individu yang dilantik terlibat secara langsung dalam proses pemilihan tidak telus dan menyebabkan perpecahan dalam parti," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata kedudukan setiausaha agung harus diterajui oleh seorang profesional yang memahami pengurusan dan pentadbiran.

"Beliau harus menjalankan tugas selaras dengan konsensus parti dan tidak mengambil pendirian individu," kata Azmin.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kekal sebagai setiausaha agung parti tersebut.

"Begitu juga, pelantikan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) harus berdasarkan merit dan bukan sebagai sekutu politik atau rasuah untuk memenangi undi dalam MPP," kata Azmin.

Azmin berkata pelantikan itu perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam semangat pertimbangan dan saling menghormati untuk kembali kepada perjuangan parti.

Beliau berkata, beliau sudah menyampaikan pendapatnya kepada Anwar pada minggu lalu dan mendesaknya untuk memberi tumpuan kepada masa depan parti yang kukuh dan inklusif.

Anwar mengumumkan barisan MPP baharu pada Jumaat. - The Star

Azmin, PKR

Artikel Lain